Thursday, February 18, 2010

Detik Pertemuan

Di balai ketibaan KLCC

Wah, ramai betul orang... Cam ne aku nak cari ni?? Aku mengeluh sendiri sambil menggaru kepalaku yang bertudung putih. Sudah menjadi tabiat, terus aku menbetulkan sikit2 tudung & blouse yang kupakai ari ni..

"Aduh!", ku terjerit kerana bahu dan kakiku dipijak godzilla kukira
"Sori2x!", jawab pemuda itu ringkas. Aku terus mencebikkan bibir & mengerlingnya tajam.
"Cantik", komen pemuda itu lagi. Lalu terus berlalu meninggalkan aku masih terpinga-pinga..

Ah,persetan la itu semua.. Mata letak kat bontot gaknye tu pasal sampai langgar2 orang, getus hati yang marah ni..

"Adik!Adik!Adik!", terdengar jeritan dari sebelah kananku. Aku menoleh sebab itulah panggilan manja ku di dalam keluarga ku. Maklumlah, aku anak yang bongsu ataupon pada mak aku anak paling kecik (walhal, takde la kecik pon)

Dari jauh aku nampak ada lembaian tangan ke arah ku, dalam kerabunan aku masih kenal susuk tubuh itu. Mak.. hati aku terus menjerit. Aku berlari-lari anak, rasa tak sabar mahu berpelukan dengannya.

Akhirnya, kaki ini sampai juga, tangan ini tiba juga, mata ini bertentang juga pada wajah2 yang selalu aku rindukan. Wajah mak dan abah yang dimakan waktu, Long dan uda yang masih seperti aku tinggalkan dulu, dan abang2 ipar ku yang masih 'bole la tahan'.

Aku terus mencium tangan mereka dan berpelukan. Ada air jernih membasahi pipi masing-masing. Itulah airmata kerinduan setelah bertahun tidak bersua muka.

"budak budak mane?", soalku pada Uda
"Ada suma kat umah", jawapnya ringkas
"Jom kita balik," kata abah, lalu menolak troliku. Masih kuat orang tua ni, kata hatiku...


2 comments:

Aidy Shahiezad said...

idea godzilla tue best.. tergelak gak membaca..

tp,

1) "Aduh!", ku terjerit kerana bahu dan kakiku dipijak godzilla kukira

- bahu dipijak ? cmne boleh kena pijak bahu tue ?? heehehe... ;p

~~ nk bace next chapter plak..

atulhani said...

baru perasan.. "Balai Ketibaan KLCC" ada ker balai ketibaan kat KLCC??