Monday, May 24, 2010

Dinner

"Malam ni pakai cantek2 sikit", pesan Long padaku.
"Kenapa plak",tanyaku heran..
"Adala",jawapnye ringkas..
Eh!kakak aku nie.. bole plak cam tu jek jawapannye.. isk isk..

Jam menunjukkan tepat pukul 8 malam. Aku bersiap-siap dengan baju blous biru, jeans & tudung lycra warna biru putih. Malam ini kami sekeluarga nak makan besar kat Pantai Puteri Melaka, konon utk sambut kepulangan aku..

Sampai di Restoran Anjung Bayu, kami memilih meja yang agak besar sesuai dengan ahli jemaah kami yg ramai. Sebaik saja kami duduk, datang seorang gadis manis belasan tahun membawa menu kepada kami.
"Nanti datang lagi ye dek,kejap lagi kitorang order," ujar along kepada gadis tu. Lalu, dia pon berlalu..
"Ha!, nak order ape ni?Nak lai ci kang sejuk 1", aku memulakan pesanan. Mataku terus memerhati keliling, no bad tempat ni, desir hati kecil ku. Mataku terpandang sepasang kekasih sedang makan ditepi pantai yang hanya diterangi cahaya lilin yg menghiasi meja makan mereka..
'when is my turn?', rayu hati ini.

"Adik, kenalkan kawan along, Ameer. Dia join kita malam ni",kata Along padaku. Aku sedikit terkejut dengan sapaan itu. Ku pandang lelaki bernama Ameer dengan senyuman tawar & dia terus duduk bersebelahan dengan ku. 'hensem gak mamat ni', getar hatiku. 'kenapa diorang x cakap nak jemput org luar makan sekali ni, isk isk..'lagi getus hati ku geram.

Aku lihat keluargaku melayan Ameer dengan baik sekali. Dia pon tidak nampak kekok. Akhirnya, makan malam selesai & masing2 mula bergerak ke kereta masing untuk pulang ke rumah Along di Bukit Rambai.

"Nanti adik balik dengan Ameer ye", kata Long padaku. Yang lain2 semua senyum meleret, aku pulak mengerut kening. 'Ha?Diorg ni nak kenakan aku ke?. Benci betul arr...'
"Abah..."
"Ameer, tolong hantarkan Lisa balik ye", ujar Abah pada Ameer. Lelaki itu angguk akur.
'Abah pon subahat ni..'bebel aku didalam hati.

Mahu atau tidak, aku terpaksa berjalan seiring dengan Ameer menuju ke keretanya.
'tituut',bunyi alarm toyota wish berwarna putih kedengaran.
"Jom", kata Ameer ringkas.
"Adoi,sakitnye", suaraku hampir menjerit, mataku hampir tercucuk dek dahan pokok bunga kertas berdekatan dengan kereta Ameer. 'Eeeiii, naseb baik x buta mata aku, mamat ni bole pulak parkir kereta rapat2 cam ni',rungutku..
"Lisa ok ke?", kata Ameer sambil membukakan pintu kereta dari dalam.
"Masuk, cepat. Ameer tengok luka ke x tu?,"sambungnya lagi..

Tup! Pintu toyota wish kututup. Sambil tangan kiri merasa tepi keningku...
"Luka ke?Biar Ameer tengok ....", katanya penuh prihatin sambil mendekatkan dirinya kepadaku.
"Eh..! ... "