Saturday, April 2, 2011

Saat itu berlalu

Aku rasa begitu hangat dan setiap aliran darah mengalir ke muka ku. Betapa malunye aku saat itu.
"Saya okla" kataku lalu menepis lembut tangannya yang sedang cuba menyentuh daguku.
Jantung ku rasa mahu jatuh dari tempatnya.


Lambatnya sampai rumah, hatiku terus memberontak. Ameer memandu begitu tenang. Aku mencuri pandang. Ternyata dia memang kacak, berkulit cerah, rambut lurus, berbadan sasa pasti akan memikat sesiapa saja pada pandang pertama. Semua nampak sempurna saat ini, aku pula rasa rendah diri. Siapala aku ...



Lyrics | Putra lyrics - Kain Cinta Putih lyrics

Radio memutarkan lagu dari kumpulan Putra - cinta kain putih. Ku dengar Ameer menyanyi perlahan mengikut lagu itu. Aku memandangnya tersenyum.

"Abg suka lagu ni.. " jawapnya ringkas. Eh! Abg pulak, hati ku berbicara sendiri.
"Suka?"
"Bolehla ... ,"jawapku.

"Abg nak tanya sikit bole?"

Aku memandangnya, mata kami bertentangan seketika, dia tersenyum manis. Hati ku cair dan jantungku berdengup kencang, tidak tahan dek debaran yang melanda, lantas aku mengalih pandangan ke luar tingkap kereta wish yang meluncur laju.

"Lynn" Aku menolehnya lagi.
"Tanyala," jawapku.

Kereta berhenti di lampu trafik, Ameer mengambil peluang itu untuk memandangku dan masih mengukir senyuman. Aku jadi tidak keruan.

"Nak tanya apa tadi?", kataku sambil mengangkat kening..
Dia masih merenungku .. Aku mengerut dahiku.

"hmmmm ..."Katanya terhenti lagi.

No comments: