Saturday, December 20, 2025

Short Drama

Kadang-kadang aku rasa teringin menjadi handphone, zaman sekarang everything is di hujung jari.. semua orang berkepit dengan handphone atau tab .. Malah di saat ini aku merasakan handphone lebih penting dari semua.. Melihat susuk-susuk manusia yang lebih banyak masanya mengadap handphone dari orang-orang kelilingnya.. Melihat si anak kecil menonton rancangan di applikasi di handphone. Anak remaja dengan virtual game dan mediasocial, si ibu dan si bapa pon tidak kurangnya.. Kadang-kadang di meja makan sunyi, di ruang tamu hanya kedengaran suara tv, sepi.. Manusia nya ada, orang-orangnya juga ada tapi semuanya ralit, ralit matanya mengadap screen handphone masing-masing , tiada bicara, gelak tawa dan gurau senda.. sunyi sepi mati rasa.. Ya kadang-kadang aku rasa ingin menjadi telefon itu, yang selalu kau tenung, kadang kau senyum manis mengadapku.. Aku ingin menjadi telefon yang sentiasa berada di genggaman mu, terasa keselamatan ku dijamin.. Aku ingin menjadi telefon itu, yang sentiasa disentuhmu lembut mu, supaya dapat ku rasa damai bersamamu.. Aku ingin menjadi telefon itu, yang sentiasa berada di sebelah mu, yang sentiasa kau bawa even masuk di toilet.. Yang sentiasa kau damba kan, dicari.. Namun apakan daya.. aku hanya manusia biasa tidak mampu mengubah apa pon.. yang hanya mampu menutup mata dan membayangkan aku lah telefon itu.. yang selalu bersamamu..

Saturday, April 2, 2011

Saat itu berlalu

Aku rasa begitu hangat dan setiap aliran darah mengalir ke muka ku. Betapa malunye aku saat itu.
"Saya okla" kataku lalu menepis lembut tangannya yang sedang cuba menyentuh daguku.
Jantung ku rasa mahu jatuh dari tempatnya.


Lambatnya sampai rumah, hatiku terus memberontak. Ameer memandu begitu tenang. Aku mencuri pandang. Ternyata dia memang kacak, berkulit cerah, rambut lurus, berbadan sasa pasti akan memikat sesiapa saja pada pandang pertama. Semua nampak sempurna saat ini, aku pula rasa rendah diri. Siapala aku ...



Lyrics | Putra lyrics - Kain Cinta Putih lyrics

Radio memutarkan lagu dari kumpulan Putra - cinta kain putih. Ku dengar Ameer menyanyi perlahan mengikut lagu itu. Aku memandangnya tersenyum.

"Abg suka lagu ni.. " jawapnya ringkas. Eh! Abg pulak, hati ku berbicara sendiri.
"Suka?"
"Bolehla ... ,"jawapku.

"Abg nak tanya sikit bole?"

Aku memandangnya, mata kami bertentangan seketika, dia tersenyum manis. Hati ku cair dan jantungku berdengup kencang, tidak tahan dek debaran yang melanda, lantas aku mengalih pandangan ke luar tingkap kereta wish yang meluncur laju.

"Lynn" Aku menolehnya lagi.
"Tanyala," jawapku.

Kereta berhenti di lampu trafik, Ameer mengambil peluang itu untuk memandangku dan masih mengukir senyuman. Aku jadi tidak keruan.

"Nak tanya apa tadi?", kataku sambil mengangkat kening..
Dia masih merenungku .. Aku mengerut dahiku.

"hmmmm ..."Katanya terhenti lagi.

Monday, May 24, 2010

Dinner

"Malam ni pakai cantek2 sikit", pesan Long padaku.
"Kenapa plak",tanyaku heran..
"Adala",jawapnye ringkas..
Eh!kakak aku nie.. bole plak cam tu jek jawapannye.. isk isk..

Jam menunjukkan tepat pukul 8 malam. Aku bersiap-siap dengan baju blous biru, jeans & tudung lycra warna biru putih. Malam ini kami sekeluarga nak makan besar kat Pantai Puteri Melaka, konon utk sambut kepulangan aku..

Sampai di Restoran Anjung Bayu, kami memilih meja yang agak besar sesuai dengan ahli jemaah kami yg ramai. Sebaik saja kami duduk, datang seorang gadis manis belasan tahun membawa menu kepada kami.
"Nanti datang lagi ye dek,kejap lagi kitorang order," ujar along kepada gadis tu. Lalu, dia pon berlalu..
"Ha!, nak order ape ni?Nak lai ci kang sejuk 1", aku memulakan pesanan. Mataku terus memerhati keliling, no bad tempat ni, desir hati kecil ku. Mataku terpandang sepasang kekasih sedang makan ditepi pantai yang hanya diterangi cahaya lilin yg menghiasi meja makan mereka..
'when is my turn?', rayu hati ini.

"Adik, kenalkan kawan along, Ameer. Dia join kita malam ni",kata Along padaku. Aku sedikit terkejut dengan sapaan itu. Ku pandang lelaki bernama Ameer dengan senyuman tawar & dia terus duduk bersebelahan dengan ku. 'hensem gak mamat ni', getar hatiku. 'kenapa diorang x cakap nak jemput org luar makan sekali ni, isk isk..'lagi getus hati ku geram.

Aku lihat keluargaku melayan Ameer dengan baik sekali. Dia pon tidak nampak kekok. Akhirnya, makan malam selesai & masing2 mula bergerak ke kereta masing untuk pulang ke rumah Along di Bukit Rambai.

"Nanti adik balik dengan Ameer ye", kata Long padaku. Yang lain2 semua senyum meleret, aku pulak mengerut kening. 'Ha?Diorg ni nak kenakan aku ke?. Benci betul arr...'
"Abah..."
"Ameer, tolong hantarkan Lisa balik ye", ujar Abah pada Ameer. Lelaki itu angguk akur.
'Abah pon subahat ni..'bebel aku didalam hati.

Mahu atau tidak, aku terpaksa berjalan seiring dengan Ameer menuju ke keretanya.
'tituut',bunyi alarm toyota wish berwarna putih kedengaran.
"Jom", kata Ameer ringkas.
"Adoi,sakitnye", suaraku hampir menjerit, mataku hampir tercucuk dek dahan pokok bunga kertas berdekatan dengan kereta Ameer. 'Eeeiii, naseb baik x buta mata aku, mamat ni bole pulak parkir kereta rapat2 cam ni',rungutku..
"Lisa ok ke?", kata Ameer sambil membukakan pintu kereta dari dalam.
"Masuk, cepat. Ameer tengok luka ke x tu?,"sambungnya lagi..

Tup! Pintu toyota wish kututup. Sambil tangan kiri merasa tepi keningku...
"Luka ke?Biar Ameer tengok ....", katanya penuh prihatin sambil mendekatkan dirinya kepadaku.
"Eh..! ... "